1. Para pelanggan yang ingin membuat tempahan perlu memberi masa kepada pihak BudgetZone untuk mendesign tempahan yang dikehendaki dalam tempoh 3 hari.
2. Setelah pelanggan melihat design berkenaan, pelanggan dibenarkan memberi pendapat dan tempoh pembetulan akan dilakukan selewat-lewatnya 1 hari.
3. Sekiranya pelanggan telah bersetuju dengan design yang telah dibuat, pelanggan dikehendaki membayar deposit 50% daripada harga keseluruhan tempahan.
4. Tempoh masa diperlukan untuk menyiapkan tempahan adalah selama 2 minggu bermula dari tarikh bayaran deposit dibuat.
5. Harga tempahan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran adalah berdasarkan caj pos laju.
6. Bayaran 50% selebihnya hendaklah dibayar sebelum penghantaran dibuat.
7. Design dan produk BudgetZone adalah hakcipta terpelihara dan dilarang disiarkan dimana-mana tanpa kebenaran pihak BudgetZone .
8. Pihak BudgetZone berhak meletakkan maklumat BudgetZone ke dalam produk yang ditempah dan pihak BudgetZone berhak menyiarkan produk berkenaan untuk tujuan promosi tanpa memaklumkan kepada pihak pelanggan.
No comments:
Post a Comment